Kata Istishab secara etimologi berasal dari kata
“istashhaba” dalam sighat istif’ala yang bermakna استمرارالصحبة kalau
kata الصحبة diartikan dengan teman atau sahabat dan استمرار diartikan
selalu atau terus menerus, maka istishab secara Lughawi
artinya selalu menemani atau selalu menyertai[1].
Sedangkan menurut isthilah:“Istishab adalah
melanjutkan berlakunya hukum yang sudah ada dan sudah ditetapkan ketetapan
hukumnya, lantaran sesuatu dalil sampai ditemukan dalil lain yang mengubah
ketentuan hukum tersebut
Dan Istishab
juga diartikan oleh Hasby Ash-Shiddiqy dengan:
“Mengekalkan
apa yang telah ada atas keadaan yang telah ada, karena tidak ada yang mengubah hukum, atau karena sesuatu hal
yang belum diyakini.”
Dari
pengertian yang lain juga disebutkan, istishab berasal dari bahasa Arab ialah:
pengakuan adanya perhubungan. Sedangkan dari kalangan ulama` (ahli) ushul fiqih
Istishab menurut istilah adalah menetapkan hukum atas sesuatu berdasarkan
keadaan sebelumnya, sehingga ada dalil yang menunjukkan atas perubahan keadaan
tersebut. Atau menetapkan hukum yang telah tetap pada masa yang lalu dan masih
tetap pada keadaannya itu, sehingga ada dalil yang menunjukkan atas
perubahannya. Menurut Ibnu Qayyim, istishab adalah
menyatakan tetap berlakunya hukum yang telah ada dari suatu peristiwa, atau
menyatakan belum adanya hukum suatu peristiwa yang belum pernah ditetapkan
hukumnya. Menurut Asy Syatibi, istishab adalah segala ketetapan
yang telah ditetapkan pada masa yang lampau dinyatakan tetap berlaku hukumnya
pada masa sekarang.
Dari
pengertian istishab di atas, dapat dipahami bahwa istishab itu ialah:
1.
Segala hukum yang telah ditetapkan pada masa lalu,
dinyatakan tetap berlaku pada masa sekarang, kecuali kalau telah ada yang
mengubahnya.
2.
Segala hukum yang ada pada masa sekarang, tentu telah
ditetapkan pada masa yang lalu.
Oleh sebab itu apabila seorang Mujtahid ditanya
tentang hukum kontrak atau pengelolan yang tidak ada di dalam Al-Qur’an dan
As-Sunnah atau dalil Syara’ yang meng-Itlak-kan hukumnya, maka hukumnya boleh
sesuai kaidah[2]
. “Pangkal sesuatu adalah kebolehan”
Istishab adalah akhir dalil syara’ yang dijadikan tempat
kembali para Mujatahid untuk mengetahui hukum suatu peristiwa yang dihadapinya.
Yaitu mengetahui sesuatu menurut hukum yang telah
ditetapkan baginya selama tidak ada dalil yang mengubahnya .Ini adalah teori
dalam pengembalian yang telah menjadi kebiasaan dan tradisi manusia dalam
mengelola berbagai ketetapan untuk mereka.
B.PEMBAHAGIAN AL-ISTISHAB
Lanjutan dari
pada pengertian al-istishab tadi, kita akan lihat pula kepada pembahagiannya. Al-istishab mengikut
klasifikasinya dapat dibahagikan kepada lima bahagian yaitu[4]:
1. Istishab Al-Ibahah Al-Ashliyyah
Al-istishab bahagian
ini membawa maksud pada asalnya sesuatu itu adalah harus ketika tiada dalil
yang menyalahinya apabila perkara itu memberi manfaat dan haram
apabila sesuatu perkara itu mendatangkan kemudharatan.
Antara dalil yang menunjukkan bahawa hukum asal yaitu harus pada
perkara-perkara yang membawa manfaat ialah sebagaimana allah
berfirman yg sekira2 artinya:“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala
yang ada di bumi”.
Dan
sebagaimana pula pada firman allah yang lain:“Dan ia memudahkan untuk (faedah dan kegunaaan) kamu,
segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, (sebagai rahmat pemberian)
daripadanya; Sesungguhnya semuanya itu mengandungi tanda-tanda (yang
membuktikan kemurahan dan kekuasaanNya) bagi kaum yang memikirkannya dengan
teliti ”.
Jadi dari kedua arti ayat tersebut,dapat difahami bahwa
segala yang ada di bumi adalah untuk manusia dan ia diharuskan untuk mereka.
Sekiranya perkara tersebut diharamkan ke atas mereka, tentunya Allah tidak
menjadikannya untuk manusia.
Selain itu,
antara dalil yang menunjukkan bahwa asal pada perkara yang memudharatkan dan
tidak dijelaskan oleh syara’ hukum
yang tertentu mengenainya adalah haram seperti hadis yang bahwa Rasulullah
bersabda:
“ Tidak mudharat dan tidak memudharatkan
”.
Melalui
hadis ini, dapat difahami bahawa hadis ini merupakan larangan kepada setiap
perkara yang membawa kemudharatan samaada jiwa mahupun orang lain
kerana setiap yang membawa kemudharatan maka hukumnya adalah haram.
2. Istishab Al-Bara’ah Al-Ashliyah
Al-Istishab bahagian
ini membawa maksud berterusan ataupun berkekalan.Al-Istishab ini juga
didefinisikan sebagai pada asalnya seseorang adalah terlepas daripada bebanan
dan kewajipan syara’ sehinggalah terdapat dalil atau bukti yang menunjukkan
untuk memikul tanggungjawab tersebut. Misalnya ialah lelaki dan wanita
tidak ditaklifkan untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri
selagi mereka belum diakad dengan perkahwinan yang sah.
Di antara
contoh lain juga ialah jika seseorang mendakwa Muhammad berhutang kepadanya
sebanyak RM100 dan tidak mengemukakan bukti sedangkan Muhammad tidak mengakui
dakwaan tersebut,maka tertuduh iaitu Muhammad terlepas daripada hutang itu
kerana asalnya dia terlepas daripada sebarang bebanan atau tanggungjawab
sehingga terdapat dalil menunjukkan sebaliknya[5].
3. Istishab hukum
Al-Istishab ini
bermaksud hukum itu tetap dengan sifat asalnya, iaitu asal
ketetapan syara’ pada sesuatu hukum sama ada ia harus atau haram
sehingga terdapat dalil yang menunjukkan hukum yang sebaliknya.
Antara
contohnya ialah air pada asalnya adalah bersih dan dihukum bersih dan suci
kecuali terdapat tanda-tanda yang menunjukkan air tersebut dikotori najis
seperti berubah bau, warna atau pun rasa.
Contoh lain ialah asal semua makanan di bumi
adalah halal tetapi apabila datang ayat al-Quran yang menegahnya dan
mengecualikannya maka terdapat makanan yang halal dan haram untuk dimakan.
Contoh al-istishab ini
juga ialah sifat suci adalah berkekalan kerana sifat suci apabila thabit,
maka diharuskan untuk mengerjakan sembahyang dan hukum suci tersebut terus
kekal sehinggalah thabit sebaliknya iaitu berlaku salah satu daripada
perkara-perkara yang membatalkan wudu’.
4. Istishab Al Wasf
Al-Istishab ini
membawa maksud sesuatu ketetapan hukum berlaku menurutsyara’ dan akal
tentang thabitnya dan berkekalannya. Erti kata lain, al-istishabdalam
pembahagian yang ke-empat ini diakui ada kaitannya dengan syara’ dan
akal.
Antara
contohnya ialah hukum halalnya perhubungan lelaki dengan perempuan adalah
disebabkan perkahwinan sehingga terdapat dalil yang menunjukkan haramnya
perhubungan mereka seperti melalui perceraian atau punfasakh.
Contoh lain
bagi al-istishab ini ialah punya hak milik apabila terdapat sebab
yang mewujudkan demikian, maka ia thabit sehinggalah terdapat perkara
yang menghilangkannya iaitu apabila thabit milik sesuatu bagi
seseorang dengan mana-mana sebabnya seperti jual beli atau pusaka, maka milik
itu berterusan walaupun beberapa lama tempohnya sehingga terdapat dalil yang
menunjukkan ternafinyakerana sebab yang baru timbul.
C. KEHUJJAHAN ISTISHAB
Ahli ushul fiqh berbeda pendapat tentang
ke-Hujjah-an Istishab ketika tidak ada dalil Syara’yang menjelaskannya,antara lain[6]
:
1. Menurut mayoritas Mutakallimin (ahli
kalam) Istishab tidak dapat di jadikan dalil,karena hukum yang
ditetapkan pada masa lampau menghendaki adanya dalil.Demikian pula untuk
menetapkan hukum yang sama pada masa sekarang dan masa yang akan datang,harus
berdasarka dalil.
4
2. Menurut mayoritas Ulama’ Hanafiyah, khususnya
Muta’akhirin Istishab bisa dijadikan Hujjah untuk menetapkan
hukum yang telah ada sebelumnya dan menganggap hukum itu tetap berlaku pada
masa yang akan datang,tetapi tidak bisa menetapkan hukum yang akan ada.
3. Ulama’ Malikiyyah, Syafi’iyah, Hanabilah, Zahiriyyah dan
Syi’ah berpendapat bahwa Istishab bisa dijadikan Hujjah secara
mutlaq untuk menetapkan hukum yang telah ada selama belum ada dalil yang
mengubahnya.Alasan mereka adalah bahwa sesuatu yang telah ditetapkan pada masa
lalu,selama tidak ada dalil yang mengubahnya baik secara qath’I
maupun Zhanni,maka hukum yang telah ditetapkan itu berlaku terus,karena
diduga keras belum ada perubahanya.
3Jumantoro Totok Kamus
Ilmu Ushul Fikih hlm
146,Amzah,2005